Petempatan Wangsa Maju

Rumah kediaman di Wangsa Maju secara keseluruhannya terdiri dari unit-unit penginapan berbentuk flat,teres,pangsapuri dan kondominium;

  • Seksyen 4

Rumah di Seksyen 4 pula menempatkan rumah jenis flat dan rumah jenis ini kebanyakannya adalah kos rendah dan sederhana rendah.Rumah ini kebiasaannya disewa kepada orang lain. Flat ini mempunyai 5 tingkat yang terdiri daripada 3 blok iaitu Blok A, B dan juga C. Kawasan ini juga terdapat sebuah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sebuah surau.

  • Seksyen 5
  • Seksyen 10

Rumah di seksyen 10 mempunyai beberapa jenis pangsapuri iaitu Pangsapuri kos sederhana rendah dan Pangsapuri mewah (kondominium). Pangsapauri kos sederhana rendah mempunyai 4 tingkat terdiri dari 3 kelompok iaitu masing-masing dikenali sebagai Blok A, B dan C sementara Pangsapuri mewah pula terdiri dari kondominium bertingkat-tingkat yang dikenali sebagai Sri Kinabalu,Sri Ledang, Sri Jelatek, Sri Lojing dan Desa Villa. Selain itu terdapat dua blok bangunan perniagaan 2 tingkat.

  • Taman Sri Rampai

Kawasan ini terdiri daripada beberapa jenis rumah iaitu teres,pangsapuri dan kondominium.Bagi kondominium terdapat 2 bangunan yang dikenali sebagai Villa Wangsamas dan Desa Puta.Tetapi terdapat beberapa kondominium mewah yang akan dibangunkan disekitar kawasan itu iaitu Wangsa 9, The Hamilton, Quartz, Lexa dan Infiniti 3. Seri Riana, Riana Green dan Wangsa 118 juga terletak berhampiran dengan Taman Sri Rampai. Manakala bagi pangsapuri terdapat Rampai Court.Kawasan ini juga lengkap dengan pengawal keselamatan bangunan, tempat meletak kereta, kedai, taman permainan, surau. Manakala terdapat kolam renang bagi kondominium sahaja.

  • Taman Wangsa Melawati

Kawasan ini padat dengan rumah jenis teres. Terdapat beberapa kelompok iaitu Wangsa Melawati, Wangsa Budi, Wangsa Murni, Wangsa Ceria dan Wangsa Setia.Kawasan ini lengkap dengan pengawal keselamatan bangunan, tempat, kedai , taman permainan dan surau.